The Memorandum of Understanding signed between Hadid and UTP is more than just a piece…
80 Syarikat TERAS Jana Pendapatan RM5 Bilion
KUALA LUMPUR, 21 MAC 2012 – Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS) bertujuan membantu mempercepatkan pertumbuhan syarikat Bumiputera berdaya saing merentasi 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).
Kini, 80 Syarikat Bumiputera telah dipilih menjadi sebahagian daripada program TERAS. Dengan modal berbayar keseluruhan berjumlah RM718 juta dan purata kadar pertumbuhan pendapatan sebanyak 12%, syarikat-syarikat berpotensi tinggi ini bakal menerajui syarikat Bumiputera untuk melangkaui pasaran tempatan menembusi pasaran global.
(Source: BERITA HARIAN)